KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA
SETIAUSAHA ALAF 21
Pada era globalisasi ini, kemahiran
insaniah ( Soft Skills ) amat penting
bagi melahirkan pekerja mahupun graduan yang berkualiti. Memiliki
kemahiran-kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, proaktif,
berfikiran kritis serta pelbagai lagi kemahiran juga diambil kira untuk
menempatkan diri di alam pekerjaan nanti. Mengikut perubahan abad,dunia semakin
berkembang dengan kemajuan teknologi yang terdiri daripada pelbagai jenis
peranti dan alat-alat komunikasi yang lain. Selari dengan peredaran abad,
seorang setiausaha pejabat juga perlu mahir dalam kemahiran yang berasaskan
teknologi disamping memupuk kemahiran insaniah dalam diri.
Antara kemahiran insaniah ( Soft Skills ) yang perlu ada pada
seorang setiausaha alaf 21 ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi
sangat penting semasa bekerja dan kemahiran ini juga akan mewujudkan ikatan
antara pekerja-pekerja sekaligus mewujudkan persekitaran yang mesra dan harmoni.
Memiliki kebolehan menyampaikan mesej dengan tepat dan jelas mampu mengurangkan
kesilapan ialah satu ciri yang amat baik. Kemahiran ini akan dipupuk melalui
cara bertutur dan penggunaan intonasi serta penyusunan perkataan yang jelas. penguasaan
terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu
berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan
seharian yang melibatkan orang lain. Penguasaan yang baik akan kemahiran ini
dapat membantu memajukan kerjaya seseorang. Di sini, kemahiran ini dilihat
dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan,kemahiran
menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan
berinteraksi secara baik. Pasukan
kerja yang boleh berkomunikasi dengan baik akan menjadi suatu tugasan yang
diperoleh lebih cekap, lebih teratur dan lebih selaras dengan persepsi
masing-masing dalam membangunkan sebuah organisasi yang maju.
Selain
itu, kemahiran kepimpinan juga perlu ada pada seorang setiausaha alaf 21 ini
dalam pelbagai peranan yang digalas.
Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan
organisasi terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai
matlamat yang ingin dicapai bersama. Kemahiran kepimpinan dapat memotivasikan
pasukan kerja dan mampu melancarkan pertumbuhan serta pembangunan organisasi.
Mempunyai sikap kepimpinan yang bagus dapat membuka ruang untuk sedia maju
kehadapan serta dapat mengorak langkah pasukan dengan lebih yakin. Mempunyai kemahiran ini mampu menciptakan
wawasan untuk masa depan dengan mempertimbangkan kepentingan jangka panjang
kelompok yang terlibat Justeru dapat mengembangkan strategi yang rasional untuk
menuju ke arah wawasan tersebut dan memperolehi dukungan dari pusat kekuasaan
yang bekerjasama, persetujuan, kerelaan atau kelompok kerjanya diperlukan untuk
menghasilkan pergerakan itu. Pemimpin yang baik bukan hanya memberikan arahan
semata-mata, pemimpin yang baik haruslah bijak mengawal aturan tugas pasukan
kerja dan sentiasa menerima idea-idea dan suara pasukan kerja.
Kemahiran
kerja berpasukan adalah salah satu kemahiran insaniah yang membentuk satu
tenaga kerjasama bagi memenuhi keperluan sosial dan mencapai matlamat
organisasi. Organisasi di zaman moden ini beroperasi menerusi pelbagai jenis
kumpulan kerja.Ada kumpulan dibentuk khusus untuk menyelesaikan masalah, untuk
membuat perangkaan dan perancangan, ada pula khusus untuk menyelaraskan kerja,
ada pula khusus mencari idea baru dan perubahan. Pendek kata, sesuatu kumpulan
dibentuk merangkumi pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segi sosial,
ekonomi, politik dan sebagainya. ntuk
membentuk pasukan yg baik kita seharusnya mempunyai visi dan misi yg jelas
supaya kesefahaman antara ahli dapat diwujudkan. Hal ini juga bagi menjamin
matlamat pasukan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kita harus memahami visi
dan misi supaya segala urusan organisasi dapat berjalan dengan lancer.
Kemahiran
pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah juga perlu ada dalam diri seorang
setiausaha alaf 21 ini. Secara khususnya, kemahiran ini amat penting bagi
seorang setiausaha untuk menghadapi rintangan dan situasi yang bakal ditempuh.
Kemahiran ini juga mampu merangsang minda untuk menilai kesalahan dan kebaikan
mahupun cara mempertingkatkan sesuatu idea. Kemahiran ini menerapkan kemahiran untuk
berfikir secara kreatif dan kritis dalam sesuatu tugasan agar pekerja-pekerja kita
mampu untuk menyesuaikan diri dalam arus perkembangan semasa dan seseorang itu
mampu menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan bijak terutamanya
tuntutan di alam pekerjaan dalam era teknologi kini. Maklumat
dan ilmu pengetahuan sering kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains
dan teknologi yang semakin canggih menyebabkan penyebaran maklumat berlaku
dengan cepat. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita mempersiapkan
masyarakat secara amnya, dan para setiausaha khususnya untuk memiliki kemahiran
berfikir secara kritikal bagi menhadapi cabaran globalisasi.
Cadangan
untuk meningkatkan kemahiran insaniah ( Soft
Skills ) terhadap setiausaha alaf 21 ialah dengan mewujudkan satu program
berkaitan kemahiran insaniah ini. Dengan adanya program seperti ini setiausaha
dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini. Kemahiran ini dapat diterapkan
dengan lebih jelas dan padat melalui program yang diadakan. Ini membantu dalam
memupuk keseimbangan kehidupan kerja dan cara mengurus situasi yang tertekan
dengan cara yang lebih baik. Program ini membantu dalam menyesuaikan diri
dengan ruang kerja dan strategi yang sentiasa berubah dan berkembang bersama
organisasi serta membantu dalam meningkatkan kemahiran mendengar yang membawa
kepada kesedaran, empati dan pemahaman yang lebih baik tentang situasi dan
orang sekeliling. Selain itu, mengadakan projek berkumpulan adalah salah satu
cara terbaik untuk memperkenalkan dan memupuk banyak kemahiran insaniah dalam
diri pelajar. Projek kumpulan biasanya termasuk komunikasi interpersonal,
perbincangan, penyelesaian masalah, penetapan matlamat dan banyak lagi. Setiap
orang dalam pasukan akan mempunyai persepsi yang berbeza tentang masalah/topik
yang sama dan ia akan membantu pekerja mengasah kemahiran mereka dalam memahami
dan menganalisis sesuatu situasi untuk hasil yang lebih baik. Menggunakan slaid dan alat pembentangan
interaktif dalam talian, mereka dapat mengemukakan idea dan pendapat yang
mereka ada, mengundi yang paling popular dan membincangkannya satu demi satu.
Akhir
sekali, kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang amat perlu dimiliki oleh
seorang pekerja tanpa mengambil kira pekerjaan dan sektor pekerjaan yang sedang
atau bakal diceburi. Kemahiran insaniah juga adalah bersifat umum dan
merangkumi hampir semua kemahiran serta tidak hanya khusus kepada kemahiran berkaitan
teknikal. Walaubagaimanapun, secara lebih khusus kemahiran insaniah adalah
merujuk kepada kemahiran – kemahiran tertentu yang diperlukan oleh golongan pekerja
atau bakal pekerja. Dalam konteks kemahiran kepimpinan pula, ia amat memberi
nilai tambah kepada pekerja semasa berada di alam pekerjaan kelak. Insan yang
berkepimpinan tinggi amat diperlukan oleh negara sebagai pelapis untuk memacu
kejayaan negara dimasa akan datang. Untuk melahirkan pekerja yang mempunyai
kemahiran insaniah khususnya yang melibatkan kemahiran kepimpinan, organisasi
seharusnya mengatur langkah untuk melaksanakan revolusi pendidikan dalam usaha
memantapkan dan memperkasakan pembangunan modal insan secara bersepadu dan
menyeluruh demi kemakmuran negara dan kehendak pasaran kerja. Justeru itu
peranan yang berkesan dari semua pihak yang bertanggungjawab seharusnya
diperkasakan lagi dalam memastikan setiausaha alaf 21 ini diterapkan secukupnya
dengan kemahiran insaniah lebih - lebih lagi dalam aspek kemahiran kepimpinan.
Ini bagi memastikan aset negara yang berupa modal insan pada masa akan datang
dilengkapi dengan kebolehan memimpin yang utuh kerana merekalah yang bakal
meneraju arah tuju negara pada masa hadapan. Kejayaan sesebuah organisasi pada
masa akan datang hanya dapat dicapai sekiranya pemimpin yang dibentuk pada hari
ini benar-benar berkualiti dari sudut kepimpinan kelak.
RUJUKAN
Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, D. I. (2018). Tahap
Kefahaman Serta Pencapaian Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Siswa Guru Di
Ipg Kampus Ilmu Khas. International Conference On Elementary Education,
1-12.
Mohamed, M. F. (2014). Kemahiran Insaniah. Penerapan Kemahiran
Insaniah Dalam Konteks Membina Insan Berkepimpinan Di Kalangan Pelajar
Melalui Aktiviti Kokurikulum Di Universiti, 1-3.
Nur. (2016, January Rabu ). Kemahiran Kerja Berpasukan. Retrieved From Hanya Seorang Nur: Http://Hanyaseorangnur.Blogspot.Com/2016/01/Kemahiran-Kerja-Berpasukan.Html
Sarimah Che Hassan, N. C. (2010). Kemahiran Insaniah . Penguasaan Kemahiran Insaniah (Kemahiran), 1-12.
Siti Halijah Ngadiman, M. F. (2018). Hubungan Di Antara
Kemahiran Kerja Berpasukan Dan Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar
Semester Akhir Politeknik. International Journal Of Education, Psychology
And Counseling, 1-18.