Wednesday, 14 September 2022

KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21

 

KEPENTINGAN  KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21

 

            Pada era globalisasi ini, kemahiran insaniah ( Soft Skills ) amat penting bagi melahirkan pekerja mahupun graduan yang berkualiti. Memiliki kemahiran-kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, proaktif, berfikiran kritis serta pelbagai lagi kemahiran juga diambil kira untuk menempatkan diri di alam pekerjaan nanti. Mengikut perubahan abad,dunia semakin berkembang dengan kemajuan teknologi yang terdiri daripada pelbagai jenis peranti dan alat-alat komunikasi yang lain. Selari dengan peredaran abad, seorang setiausaha pejabat juga perlu mahir dalam kemahiran yang berasaskan teknologi disamping memupuk kemahiran insaniah dalam diri.

            Antara kemahiran insaniah ( Soft Skills ) yang perlu ada pada seorang setiausaha alaf 21 ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi sangat penting semasa bekerja dan kemahiran ini juga akan mewujudkan ikatan antara pekerja-pekerja sekaligus mewujudkan persekitaran yang mesra dan harmoni. Memiliki kebolehan menyampaikan mesej dengan tepat dan jelas mampu mengurangkan kesilapan ialah satu ciri yang amat baik. Kemahiran ini akan dipupuk melalui cara bertutur dan penggunaan intonasi serta penyusunan perkataan yang jelas. penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain. Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang. Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara baik. Pasukan kerja yang boleh berkomunikasi dengan baik akan menjadi suatu tugasan yang diperoleh lebih cekap, lebih teratur dan lebih selaras dengan persepsi masing-masing dalam membangunkan sebuah organisasi yang maju. 

            Selain itu, kemahiran kepimpinan juga perlu ada pada seorang setiausaha alaf 21 ini dalam pelbagai peranan yang digalas. Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama. Kemahiran kepimpinan dapat memotivasikan pasukan kerja dan mampu melancarkan pertumbuhan serta pembangunan organisasi. Mempunyai sikap kepimpinan yang bagus dapat membuka ruang untuk sedia maju kehadapan serta dapat mengorak langkah pasukan dengan lebih yakin. Mempunyai kemahiran ini mampu menciptakan wawasan untuk masa depan dengan mempertimbangkan kepentingan jangka panjang kelompok yang terlibat Justeru dapat mengembangkan strategi yang rasional untuk menuju ke arah wawasan tersebut dan memperolehi dukungan dari pusat kekuasaan yang bekerjasama, persetujuan, kerelaan atau kelompok kerjanya diperlukan untuk menghasilkan pergerakan itu. Pemimpin yang baik bukan hanya memberikan arahan semata-mata, pemimpin yang baik haruslah bijak mengawal aturan tugas pasukan kerja dan sentiasa menerima idea-idea dan suara pasukan kerja.

            Kemahiran kerja berpasukan adalah salah satu kemahiran insaniah yang membentuk satu tenaga kerjasama bagi memenuhi keperluan sosial dan mencapai matlamat organisasi. Organisasi di zaman moden ini beroperasi menerusi pelbagai jenis kumpulan kerja.Ada kumpulan dibentuk khusus untuk menyelesaikan masalah, untuk membuat perangkaan dan perancangan, ada pula khusus untuk menyelaraskan kerja, ada pula khusus mencari idea baru dan perubahan. Pendek kata, sesuatu kumpulan dibentuk merangkumi pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. ntuk membentuk pasukan yg baik kita seharusnya mempunyai visi dan misi yg jelas supaya kesefahaman antara ahli dapat diwujudkan. Hal ini juga bagi menjamin matlamat pasukan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kita harus memahami visi dan misi supaya segala urusan organisasi dapat berjalan dengan lancer.

            Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah juga perlu ada dalam diri seorang setiausaha alaf 21 ini. Secara khususnya, kemahiran ini amat penting bagi seorang setiausaha untuk menghadapi rintangan dan situasi yang bakal ditempuh. Kemahiran ini juga mampu merangsang minda untuk menilai kesalahan dan kebaikan mahupun cara mempertingkatkan sesuatu idea. Kemahiran ini menerapkan kemahiran untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam sesuatu tugasan agar pekerja-pekerja kita mampu untuk menyesuaikan diri dalam arus perkembangan semasa dan seseorang itu mampu menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan bijak terutamanya tuntutan di alam pekerjaan dalam era teknologi kini. Maklumat dan ilmu pengetahuan sering kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin canggih menyebabkan penyebaran maklumat berlaku dengan cepat. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita mempersiapkan masyarakat secara amnya, dan para setiausaha khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir secara kritikal bagi menhadapi cabaran globalisasi.

            Cadangan untuk meningkatkan kemahiran insaniah ( Soft Skills ) terhadap setiausaha alaf 21 ialah dengan mewujudkan satu program berkaitan kemahiran insaniah ini. Dengan adanya program seperti ini setiausaha dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini. Kemahiran ini dapat diterapkan dengan lebih jelas dan padat melalui program yang diadakan. Ini membantu dalam memupuk keseimbangan kehidupan kerja dan cara mengurus situasi yang tertekan dengan cara yang lebih baik. Program ini membantu dalam menyesuaikan diri dengan ruang kerja dan strategi yang sentiasa berubah dan berkembang bersama organisasi serta membantu dalam meningkatkan kemahiran mendengar yang membawa kepada kesedaran, empati dan pemahaman yang lebih baik tentang situasi dan orang sekeliling. Selain itu, mengadakan projek berkumpulan adalah salah satu cara terbaik untuk memperkenalkan dan memupuk banyak kemahiran insaniah dalam diri pelajar. Projek kumpulan biasanya termasuk komunikasi interpersonal, perbincangan, penyelesaian masalah, penetapan matlamat dan banyak lagi. Setiap orang dalam pasukan akan mempunyai persepsi yang berbeza tentang masalah/topik yang sama dan ia akan membantu pekerja mengasah kemahiran mereka dalam memahami dan menganalisis sesuatu situasi untuk hasil yang lebih baik. Menggunakan slaid dan alat pembentangan interaktif dalam talian, mereka dapat mengemukakan idea dan pendapat yang mereka ada, mengundi yang paling popular dan membincangkannya satu demi satu.

            Akhir sekali, kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang amat perlu dimiliki oleh seorang pekerja tanpa mengambil kira pekerjaan dan sektor pekerjaan yang sedang atau bakal diceburi. Kemahiran insaniah juga adalah bersifat umum dan merangkumi hampir semua kemahiran serta tidak hanya khusus kepada kemahiran berkaitan teknikal. Walaubagaimanapun, secara lebih khusus kemahiran insaniah adalah merujuk kepada kemahiran – kemahiran tertentu yang diperlukan oleh golongan pekerja atau bakal pekerja. Dalam konteks kemahiran kepimpinan pula, ia amat memberi nilai tambah kepada pekerja semasa berada di alam pekerjaan kelak. Insan yang berkepimpinan tinggi amat diperlukan oleh negara sebagai pelapis untuk memacu kejayaan negara dimasa akan datang. Untuk melahirkan pekerja yang mempunyai kemahiran insaniah khususnya yang melibatkan kemahiran kepimpinan, organisasi seharusnya mengatur langkah untuk melaksanakan revolusi pendidikan dalam usaha memantapkan dan memperkasakan pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh demi kemakmuran negara dan kehendak pasaran kerja. Justeru itu peranan yang berkesan dari semua pihak yang bertanggungjawab seharusnya diperkasakan lagi dalam memastikan setiausaha alaf 21 ini diterapkan secukupnya dengan kemahiran insaniah lebih - lebih lagi dalam aspek kemahiran kepimpinan. Ini bagi memastikan aset negara yang berupa modal insan pada masa akan datang dilengkapi dengan kebolehan memimpin yang utuh kerana merekalah yang bakal meneraju arah tuju negara pada masa hadapan. Kejayaan sesebuah organisasi pada masa akan datang hanya dapat dicapai sekiranya pemimpin yang dibentuk pada hari ini benar-benar berkualiti dari sudut kepimpinan kelak.


RUJUKAN

Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, D. I. (2018). Tahap Kefahaman Serta Pencapaian Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Siswa Guru Di Ipg Kampus Ilmu Khas. International Conference On Elementary Education, 1-12.

Mohamed, M. F. (2014). Kemahiran Insaniah. Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Konteks Membina Insan Berkepimpinan Di Kalangan Pelajar Melalui Aktiviti Kokurikulum Di Universiti, 1-3.

Nur. (2016, January Rabu ). Kemahiran Kerja Berpasukan. Retrieved From Hanya Seorang Nur: Http://Hanyaseorangnur.Blogspot.Com/2016/01/Kemahiran-Kerja-Berpasukan.Html

Sarimah Che Hassan, N. C. (2010). Kemahiran Insaniah . Penguasaan Kemahiran Insaniah    (Kemahiran), 1-12.

Siti Halijah Ngadiman, M. F. (2018). Hubungan Di Antara Kemahiran Kerja Berpasukan Dan Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Politeknik. International Journal Of Education, Psychology And Counseling, 1-18.

 

No comments:

Post a Comment

KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21

  KEPENTINGAN  KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21               Pada era globalisasi ini, kemahiran insaniah ( S...